Kepada para Pembantu Perpustakaan Gred S17, satuiklan Pemangkuan ke Jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S22 telah dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
Bertarikh tutup pada 30 Januari 2015.
Untuk Iklan Pemangkuan Jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S22 boleh klik sini
Untuk Senarai nama Pembantu Perpustakaan Gred S17 pertimbangan pemangkuan 2014 boleh klik sini (Lampiran A)
Untuk Borang Permohonan Pemangkuan S22 boleh klik sini (Lampiran B)
Untuk Surat Akuan Pinjaman boleh klik sini (Lampiran C)
Untuk Tapisan Keutuhan boleh klik sini (Lampiran D)
sumber | PNM
kuru punye keje
Thursday, December 18, 2014
Monday, December 8, 2014
PENJAWAT AWAM DIGESA LAPOR KENAIKAN HARGA BARANG TIDAK MUNASABAH
JOHOR BAHARU, 2 Dis (Bernama) -- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mahu 1.5 juta penjawat awam di negara ini melaporkan tindakan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April 2015 dengan menaikkan harga barangan secara tidak munasabah.Katanya usaha ini dapat membantu usaha kerajaan memastikan agar rakyat tidak dibebani dengan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi selain tidak berlaku ketirisan dalam sistem percukaian tersebut."Penjawat awam perlu memainkan peranan dengan membuat aduan sekiranya berlaku kenaikan harga barang yang tidak munasabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah #myGST4U Negeri Johor yang dianjurkan JPA di sini pada Selasa.Sementara itu, katanya, JPA telah meluluskan lebih 400 jawatan penguat kuasa baharu sebagai persediaan kerajaan mengawal kenaikan harga barang. Mohamad Zabidi berkata pertambahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu dibuat sebagai mengambil kira kepentingan rakyat yang bimbang akan kenaikan harga barang tanpa kawalan.Beliau juga mahu agar penjawat awam memahami dan memberi perhatian kepada setiap perkara di dalam Bajet 2015 kerana mereka adalah pelaksana dasar bagi program yang digubal dan dirancang kerajaan.Menurut beliau, sekiranya mereka menerangkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka, ia membawa kesan berganda yang boleh memberi impak besar kepada kefahaman dan pengetahuan mengenai dasar-dasar yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan."Setakat ini, saya berpuas hati kerana rata-rata penjawat awam mempunyai pengetahuan yang baik berhubung CBP dan ini sememangnya akan membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasarnya," katanya.Mengenai program itu, beliau berkata, ia merupakan kali kelima selepas diadakan di Perak, Sabah, Kedah dan Perlis sebelum ini sebagai satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memberi penerangan dan meningkatkan kesedaran penjawat awam berhubung pelaksanaan CBP. -- BERNAMA
Tuesday, January 7, 2014
Mohon Kursus @ Perpustakaan Negara Malaysia secara online | Jadual kursus bagi bulan Januari & Februari 2014
sudah maju....
tak perlu dah nak donlod reader n then edit nak fill up the form.. pastu nak masuk bilik bos sign borang bagai... skang sila mohon online sajooo.. yang berjaya akan dipanggil hadir kursus...
bagi yang nak mohon kursus kat perpustakaan negara malaysia @ PNM tu sila isi borang online yang ade kat website PNM tu ye...
@ pun klik pautan kat bawah...
kat bawah adalah senarai kursus bagi bulan Januari hingga februari 2014
untuk jadual penuh setahun boleh klik kat pautan di bawah
SENARAI KURSUS PERPUSTAKAAN NEGARA BAGI TAHUN 2014
oh ya... kepada Pembantu Perpustakaan yang baru dilantik tu, boleh la dah kalau nak mohon untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) bagi Pembantu Perpustakaan Gred S17 dan jugak nak mohon Ujian Menaip ke... Kursus Induksi ke... sume yang diperlukan untuk pengesahan jawatan korang sebagai Pembantu Perpustakaan tu...
Good Luck!!!
Friday, November 23, 2012
CUEPACS setuju kenaikan pangkat secara time-based diperluas ke seluruh sektor awam
ALOR SETAR, 21 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya kenaikan pangkat secara ''timed-based'', yang kini dinikmati sektor pendidikan dan kesihatan, diperluas kepada perkhidmatan awam lain.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah ini sememangnya dinantikan penjawat awam lain.
"Kalau semua kementerian menggunakan kaedah time-based, itu satu perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam, sebab di situ nanti mereka akan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka.
"Time-based ini tak sama dengan kenaikan KUP (Khas Untuk Penyandang). Time-based mesti ada satu mekanisma supaya yang naik berdasarkan kaedah time-based hanya yang betul-betul layak sahaja. Kalau dia naik jawatan tapi tak tau nak buat kerja apa pun, baik tak payah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada anggota Cuepacs di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkaitan cadangan kerajaan berhubung perkara itu.
Ali berkata kerajaan sedang meneliti secara terperinci pelaksanaannya termasuk menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi PerkhidmatanAwam sebelum perluasan terbabit dilakukan. Omar berkata penjawat awam tidak memerlukan lagi sistem kenaikan pangkat melalui kaedah temu duga.
"Buat apa nak temu duga kalau dah kerja 30 tahun. Yang menjadi penemu duga pula baru kerja lima tahun tapi yang ditemu duga dah kerja 30 tahun. Masa temu duga pula 15 minit saja, kemudian tanya pula yang bukan-bukan... ," katanya.
Beliau juga berkata kenaikan pangkat melalui kaedah time-based akan dinilai melalui kompetensi, produktiviti dan sumbangan kerja.
"Kalau kerja bagus tapi tak ada sumbangan, tak kreatif, tak berintegriti dan tidak mempunyai sahsiah yang baik, jangan naikkan pangkat dia," katanya.
Monday, July 23, 2012
Pemberian Imbuhan Aidilfitri Untuk Penjawat Awam Ikut Kemampuan Kerajaan -Najib
PEKAN, 21 Julai (Bernama) -- Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dengan wajah yang ceria, Najib berkata beliau akan melihat 'buku kira-kira' kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.
"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.
Pada 16 Julai, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan.
Najib ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan cek Durian Runtuh Felda Fasa 2 dan pakaian kepada Pegawai-pegawai Masjid serta sumbangan Apron kepada peniaga dan bantuan cermin mata kepada penduduk Pekan di Dewan Umno Pekan, di sini.
Dalam ucapannya beliau menegaskan agar pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tidak menghalang usaha kerajaan dalam memajukan negara.
Mengambil contoh penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, beliau berkata, pihak yang cuba menghalang disifatkan sebagai busuk hati kerana tidak suka melihat kerajaan membantu meningkatkan kehidupan rakyat.
"Jangan halang usaha kerajaan untuk majukan negara dan rakyat, tidak sokong tidak apa...dalam hal ini (penyenaraian FGVH) kita tak boleh halang sebab ini adalah hal yang baik dan untuk kebaikan rakyat," katanya.
Bercakap kepada pemberita kemudian Najib berkata jika peneroka ingin membeli tambahan saham, mereka perlu membelinya di pasaran saham terbuka.
"Pihak Felda perlu membantu peneroka untuk membelinya di pasaran terbuka dengan harga semasa. Walaupun peneroka telah ditawarkan dengan 800 unit saham ketika saham tersebut dilancarkan mereka juga tetap dapat keuntungan kerana 20 peratus saham FGVH telah dimasukkan ke dalam tabung amanah yang akan membayar dividen setiap tahun kepada mereka," katanya.
Ditanya mengenai laporan akhbar berhubung senarai awal calon Barisan Nasional yang ditolak 50 peratus daripadanya, Najib berkata: "Kita belum memuktamadkan calon-calonnya dan kita akan memutuskannya apabila tiba masanya, jadi semuanya hanya spekulasi. Umno pun belum, kita tengah semak-semak dan belek-belek lagi," katanya.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)