baby first book

Search This Blog

Thursday, April 21, 2011

INPUT SHEET METADATA BAGI KANDUNGAN DIGITAL TEMPATAN

Contoh Input Sheet Metadata bagi kandungan digital tempatan. Juga bergantung kepada polisi perpustakaan masing-masing




Monday, April 11, 2011

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN KPSL KE SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN, GRED S27 | 2003

SEKSYEN A

1. (i) Bincangkan kepentingan penguatkuasaan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 bagi memastikan koleksi Terbitan Negara terpelihara dan terkawal.

ATAU

(ii) Apakah jenis-jenis bahan yang perlu diserahkan oleh penerbit mengikut Akta Penyerahan Bahan 1986 dan bincangkan implikasinya ke atas mereka sekirannya gagal berbuat demikian.


 
2. Bincangkan mengenai peruntukan undang-undang yang menyokong usaha memajukan pembacaan dengan merujuk kepada Akta Perpustakaan Negara Malaysia (Pindaan) 1987 atau mana-mana Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri.

 

3. (i) Bincangkan perbezaan di antara proses mengkatalog dan mengkelas atas talian (secara berkomputer) dengan proses mengkatalog dan mengkelas secara manual.

ATAU

(ii) Bincangkan peranan yang perlu dimainkan oleh sesebuah perpustakaan dalam memastikan perkembangan koleksinya menyokong pembinaan pusat kecemerlangan organisasinya.


 

BAHAGIAN B

1. Bincangkan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh perpustakaan khusus ke arah mewujudkan pusat kecemerlangan ilmu.

 

2. (i) Peralihan ke arah perpustakaan digital akan mengatasi kekangan-kekangan yang dihadpai oleh perpustakaan tradisional. Bincangkan.

ATAU


(ii) Bincangkan kelemahan atau faedah perkhidmatan yang dapat ditawarkan oleh perpustakaan digital.


 
3. Huraikan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh seorang pengurus perpustakaan dalam memastikan hubungan baik di antara kakitangannya dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti jabatan.


 
4. Nyatakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan kerosakan pada bahan perpustakaan dan bincangkan tindakan yang perlu diambil untuk memelihara bahan tersebut.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN KPSL KE SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN, GRED S27 | 2004

SEKSYEN A

1. (a) Perpustakaan Negara Malaysia bertanggungjawab menyediakan latihan mengenai hal ehwal perpustakaan. Nyatakan peruntukan akta yang meliputi perkara tersebut dan bincangkan bagaimana peruntukan ini dapat membantu meningkatkan kompetensi warga perpustakaan.

ATAU

(b) Huraikan tugas dan tanggungjawab serta kuasa Perbadanan Awam Negeri di bawah Enakmen Perbadanan yang menbantu ke arah usaha menggalakkan dan memupuk minat amalan membaca di kalangan masyarakat.

 

2. (a) Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), seorang pegawai perpustakaan perlu melaksanakan tugasnya secara bijak bagi memastikan koleksi perpustakaan yang diperolehi adalah berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna. Bincangkan bagaimana tugas ini dapat dilaksanakan.

ATAU

(b) Nyatakan elemen-elemen penting yang perlu dalam merangka Dasar Perolehan Bahan Perpustakaan bagi memastikan pembangunan koleksinya menyokong pembinaan Pusat Kecemerlangan Ilmu organisasi anda.

 

3. Internet membolehkan capaian maklumat dengan mudah dan cepat oleh pengguna. Berikan hujah anda mengapa proses pengkatalogan sumber maklumat masih perlu dilaksanakan oleh sesebuah perpustakaan.



SEKSYEN B

1. Huraikan peranan perpustakaan anda bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah melahirkan pekerja berilmu.

2. Sumber kewangan yang terhad memaksa perpustakaan mengambil langkah-langkah alternatif untuk mengatasi masalah tersebut agar tidak menjejaskan keperluan maklumat pengguna. Bincangkan.

3. Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil dalam Penyelenggaraan koleksi perpustakaan bagi memastikan ketersediaan bahan dan sumber maklumat untuk rujukan dan penyelidikan pengguna.

4. Pembangunan Perpustakaan Awam di Malaysia masih tidak seimbang. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini. Bincangkan.