baby first book

Search This Blog

Thursday, December 18, 2014

Pemangkuan ke Jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S22 | Tarikh tutup 30 Januari 2015

Kepada para Pembantu Perpustakaan Gred S17, satuiklan Pemangkuan ke Jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S22 telah dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Bertarikh tutup pada 30 Januari 2015.


Untuk Iklan Pemangkuan Jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S22 boleh klik sini

Untuk Senarai nama Pembantu Perpustakaan Gred S17 pertimbangan pemangkuan 2014 boleh klik sini (Lampiran A)

Untuk Borang Permohonan Pemangkuan S22 boleh klik sini (Lampiran B)

Untuk Surat Akuan Pinjaman boleh klik sini (Lampiran C)

Untuk Tapisan Keutuhan boleh klik sini (Lampiran D)


sumber | PNM

Monday, December 8, 2014

PENJAWAT AWAM DIGESA LAPOR KENAIKAN HARGA BARANG TIDAK MUNASABAH

JOHOR BAHARU, 2 Dis (Bernama) -- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mahu 1.5 juta penjawat awam di negara ini melaporkan tindakan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April 2015 dengan menaikkan harga barangan secara tidak munasabah. 
Katanya usaha ini dapat membantu usaha kerajaan memastikan agar rakyat tidak dibebani dengan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi selain tidak berlaku ketirisan dalam sistem percukaian tersebut. 
"Penjawat awam perlu memainkan peranan dengan membuat aduan sekiranya berlaku kenaikan harga barang yang tidak munasabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah #myGST4U Negeri Johor yang dianjurkan JPA di sini pada Selasa. 
Sementara itu, katanya, JPA telah meluluskan lebih 400 jawatan penguat kuasa baharu sebagai persediaan kerajaan mengawal kenaikan harga barang. Mohamad Zabidi berkata pertambahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu dibuat sebagai mengambil kira kepentingan rakyat yang bimbang akan kenaikan harga barang tanpa kawalan. 
Beliau juga mahu agar penjawat awam memahami dan memberi perhatian kepada setiap perkara di dalam Bajet 2015 kerana mereka adalah pelaksana dasar bagi program yang digubal dan dirancang kerajaan. 
Menurut beliau, sekiranya mereka menerangkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka, ia membawa kesan berganda yang boleh memberi impak besar kepada kefahaman dan pengetahuan mengenai dasar-dasar yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan. 
"Setakat ini, saya berpuas hati kerana rata-rata penjawat awam mempunyai pengetahuan yang baik berhubung CBP dan ini sememangnya akan membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasarnya," katanya. 
Mengenai program itu, beliau berkata, ia merupakan kali kelima selepas diadakan di Perak, Sabah, Kedah dan Perlis sebelum ini sebagai satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memberi penerangan dan meningkatkan kesedaran penjawat awam berhubung pelaksanaan CBP. -- BERNAMA

Tuesday, January 7, 2014

Mohon Kursus @ Perpustakaan Negara Malaysia secara online | Jadual kursus bagi bulan Januari & Februari 2014



sudah maju....

tak perlu dah nak donlod reader n then edit nak fill up the form.. pastu nak masuk bilik bos sign borang bagai... skang sila mohon online sajooo.. yang berjaya akan dipanggil hadir kursus...


bagi yang nak mohon kursus kat perpustakaan negara malaysia @ PNM tu sila isi borang online yang ade kat website PNM tu ye...

@ pun klik pautan kat bawah...


kat bawah adalah senarai kursus bagi bulan Januari hingga februari 2014


untuk jadual penuh setahun boleh klik kat pautan di bawah

SENARAI KURSUS PERPUSTAKAAN NEGARA BAGI TAHUN 2014

oh ya... kepada Pembantu Perpustakaan yang baru dilantik tu, boleh la dah kalau nak mohon untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) bagi Pembantu Perpustakaan Gred S17 dan jugak nak mohon Ujian Menaip ke... Kursus Induksi ke... sume yang diperlukan untuk pengesahan jawatan korang sebagai Pembantu Perpustakaan tu...

Good Luck!!!



love ~nuyui~