Search This Blog

Loading...

nak follow by email.. masukkan email korang n submit...

Monday, June 22, 2009

Soalan Lazim PTK (Umum)

Pentadbiran

1. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya tarikh lahir pegawai tersilap catat dalam buku perkhidmatan ?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan kaunter yang berkualiti?

3. Adakah menjadi kesalahan sekiranya pegawai meminta orang lain tolong mengetik kad perakam waktu?

4. Siapakah yang perlu menjalani tapisan keselamatan kasar dan tapisan keselamatan halus?

5. Perlukah pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam memakai baju batik pada hari yang telah ditetapkan oleh Kerajaan?

6. Mengapa Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja(FM) perlu disediakan?

7. Apakah garis panduan yang boleh membantu pihak pengurusan dan urus setia mesyuarat sesebuah jabatan/organisasi?

8. Bolehkan pegawai yang meletakkan kenderaan di tempat letak kereta berbayar menuntut bayaran letak kereta?

9. Apakah tindakan yang perlu diambil kepada kakitangan yang datang lewat ke pejabat tanpa alasan munasabah dan tidak mematuhi waktu bekerja yang telah ditetapkan?

10. Apakah langkah bagi memastikan pakaian seragam yang dibekalkan Jabatan kepada pegawai adalah berkualiti dan menepati tempoh waktu tempahan?

11. Apakah tujuan penyenggaraan aset Jabatan dibuat dan bagaimanakah proses penyenggaraan ini dapat dilakukan?

12. Apakah yang perlu dilakukan terhadap aset/ peralatan pejabat yang tidak boleh digunakan/ tidak diperlukan?

13. Apakah tindakan yang perlu diambil bagi memudahkan Pengawal Keselamatan membezakan pegawai Jabatan dengan orang luar/ pelawat?

14. Apakah faedah yang diperolehi dari pelaksanaan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) di sesebuah Jabatan?

15. Apakah yang dimaksudkan dengan aset alih?

16. Agensi manakah yang perlu dirujuk sekiranya Jabatan ingin melupuskan aset secara hadiah?

17. Dimanakah dokumen-dokumen terperingkat perlu disimpan?

18. Bolehkah seseorang pegawai Kerajaan melihat Buku Rekod Perkhidmatannya?

19. Berapa bahagiankah tatacara pengurusan Aset Hidup Kerajaan?

20. Apakah yang dimaksudkan dengan espionaj?

21. Agensi manakah yang boleh meluluskan hapus kira untuk semua kehilangan peralatan elektronik, komunikasi dan ICT?

22. Bolehkah Bilik Rekod digunakan sebagai tempat untuk merokok, makan dan minum?

23. Apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang Pegawai Khidmat Pelanggan?

24. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya anak kunci keselamatan hilang dari simpanan?

25. Mengapa pemeriksaan aset perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun?

26. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Jabatan bagi mencegah kebakaran?

27. Bolehkah Jabatan meluluskan pelupusan aset yang nilai asalnya tidak melebihi RM50,000 setiap satu atau jumlah keseluruhannya tidak melebihi RM500,000?

28. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya kandungan sesuatu fail melebihi 100?

29. Berapa lamakah tempoh yang membolehkan pegawai kerajaan menuntut elaun perpindahan dari rumah yang disewa ke rumah sendiri yang dibeli melalui skim pinjaman perumahan Kerajaan?

30. Apakah yang dimaksudkan dengan Pencen Hilang Upaya?

31. Siapakah yang dimaksudkan sebagai ‘anak’ bagi maksud rawatan percuma yang boleh diberikan kepada keluarga seseorang pegawai?
Pencen dan Persaraan

1. Apakah umur persaraan wajib bagi anggota-anggota sektor awam?

2. Bolehkah seseorang anggota bersara pada umur 58 tahun jika ia sedang menghadapi tindakan tatatertib atau pembicaraan jenayah yang boleh berkeputusan dengan ia dibuang kerja atau disabitkan?

3. Bilakah seseorang anggota boleh memohon bersara secara pilihan?

4. Siapakah yang layak dibayar pencen apabila pesara meninggal dunia?

5. Apakah yang harus dibuat oleh tanggungan/waris kepada pesara yang meninggal dunia?

6. Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran pencen di bawah Skim A dan siapakah yang akan dibayar di bawah Skim ini?

7. Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran pencen di bawah Skim B dan siapakah yang akan dibayar di bawah Skim ini?

8. Apakah yang akan terjadi sekiranya pesara/penerima pencen di bawah Skim B tidak menuntut pencen mereka untuk beberapa bulan?

9. Bolehkan pencen dituntut oleh orang lain selain daripada pesara/penerima pencen?

10. Bolehkah pesara/penerima pencen menukar akaun bank?
Perkhidmatan

1. Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang pegawai memohon pertukaran?

2. Apakah kriteria-kriteria kenaikan pangkat yang digunakan oleh JPA?

3. Adakah kenaikan pangkat sesuatu jawatan itu diasaskan hanya kepada markah prestasi (LNPT) semata-mata?

4. Bolehkah pemberian pergerakan gaji melintang dan menegak diberi melebihi hak kuota yang ditetapkan (2% dan 3%)?

5. Perlukah penilaian prestasi disediakan untuk seorang PYD yang enggan melengkapkan dan menandatangani borang penilaian prestasi mereka?

6. Sekiranya saya pernah menduduki kursus induksi dalam jawatan lama, adakah saya boleh dikecualikan dari menghadiri kursus induksi dalam jawatan baru?
Dalam borang pengisytiharan harta, di ruangan pengesahan Ketua Jabatan, siapakah Ketua Jabatan yang dimaksudkan sama ada Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah atau Pengarah/ Setiausaha Bahagian atau Ketua sesuatu Cawangan/ Seksyen?

7. Bolehkah Pihak Berkuasa Badan Berkanun melantik calon baru bagi mengisi jawatan kenaikan pangkat?

8. Sebuah Majlis Perbandaran ingin mendapat pengesahan sama ada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1979 masih berkuatkuasa di bawah SSB bagi membolehkan Majlis berkenaan menimbangkan 4 kenaikan gaji kepada bekas anggota tentera yang dilantik secara tetap.

9. Bagaimana menetapkan gaji permulaan kepada anggota yang telah disahkan di jawatan lama dan telah mendapat pelepasan untuk dilantik ke jawatan baru di agensi awam yang lain?

10. Bagaimana kedudukan gaji anggotanya yang kembali semula ke jawatan asal kerana gagal disahkan dalam perkhidmatan, di mana dipersetujui oleh semua pihak?

11. Adakah anggota kontrak layak diberi cuti tanpa gaji dan sekiranya diberi bagaimana dengan pembayaran ganjaran mereka?

12. Seorang Pembantu Tadbir yang dilantik melalui proses Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) mulai 1.8.1991, mendapati gaji baru ditawarkan lebih rendah (gaji tertinggi jawatan baru tidak dapat menampung gaji akhir jawatan lama) dan merayu supaya beliau dipertimbangkan pemberian tiga hadiah pergerakan gaji bagi menampung kekurangan tersebut.

13. Daripada semakan didapati tiada panduan dikeluarkan mengenai pengambilan bagi pekerja sambilan. Sebuah agensi ingin mendapatkan maklumat mengenai pekerja sambilan seperti berikut:-

14. Bolehkah Pekerja Khidmat Singkat (PKS) berkhidmat lebih daripada 6 bulan?

15. Bolehkah PKS dibayar elaun kerja lebih masa?

16. Bolehkah kadar upah PKS dibayar mengikut kelayakan akademik yang dimiliki oleh pekerja tersebut?

17. Adakah pegawai lantikan kontrak mendapat kemudahan cuti bersalin?

18. Bagaimanakah kedudukan kekananan, kenaikan pangkat dan pergerakan gaji tahunan pegawai yang cuti tanpa gaji mengikut pasangan?
Gaji & elaun

1. Apakah syarat-syarat untuk memohon pembiayaan bagi pembelian alat-alat selain daripada alat ortopedik dan anggota palsu (artificial limbs)?

2. Bagaimana kaedah untuk memohon pembiayaan bagi pembelian alat-alat selain daripada alat-alat ortopedik dan anggota palsu?

3. Apakah mesyuarat yang berkaitan dengan majlis bersama kebangsaan dan majlis bersama jabatan dan jumlah kadar yang boleh diberi cuti tanpa rekod atau kebenaran meninggalkan kerja?

4. Apakah jenis kemudahan rawatan perubatan yang layak dinikmati oleh anggota perkhidmatan awam?

5. Bolehkah dijelaskan mengenai kelayakan cuti rehat bergaji penuh bagi anggota sambilan?

6. Apakah syarat-syarat kerja yang membolehkan seseorang menuntut bayaran lebih masa (blm)?

7. Sekiranya seseorang anggota itu pejabatnya di kuala lumpur (dimana hari ahad adalah hari rehat mingguannya), dan diarah bekerja pada hari ahad semasa bertugas di kedah (dimana hari jumaat adalah hari rehat mingguannya); adakah anggota itu layak menuntut bayaran lebih masa (blm) atas kadar hari rehat mingguan?

8. Bagaimana pula sekiranya hari kelepasan am jatuh pada hari rehat mingguan bagi anggota yang bekerja secara giliran?

9. Adakah pegawai yang diluluskan bertukar di atas permohonan sendiri layak menuntut bayaran perpindahan dan pihak mana yang meluluskan bayaran perpindahan tersebut?

10. Apakah kelayakan pegawai apabila pegawai/ahli keluarga dirujuk oleh pegawai perubatan kerajaan untuk mendapat rawatan perubatan di luar stesen?

11. Berapakah kelayakan cuti sakit dan cuti sakit lanjutan dalam setahun dan siapakah pihak berkuasa yang boleh meluluskannya?

9 Cabaran Utama Wawasan 2020

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:

1
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2
Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

3
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

4
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.

5
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

7
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

9
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.