baby first book

Search This Blog

Friday, November 23, 2012

CUEPACS setuju kenaikan pangkat secara time-based diperluas ke seluruh sektor awam

ALOR SETAR, 21 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya kenaikan pangkat secara ''timed-based'', yang kini dinikmati sektor pendidikan dan kesihatan, diperluas kepada perkhidmatan awam lain.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah ini sememangnya dinantikan penjawat awam lain.
"Kalau semua kementerian menggunakan kaedah time-based, itu satu perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam, sebab di situ nanti mereka akan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka.
"Time-based ini tak sama dengan kenaikan KUP (Khas Untuk Penyandang). Time-based mesti ada satu mekanisma supaya yang naik berdasarkan kaedah time-based hanya yang betul-betul layak sahaja. Kalau dia naik jawatan tapi tak tau nak buat kerja apa pun, baik tak payah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada anggota Cuepacs di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkaitan cadangan kerajaan berhubung perkara itu.
Ali berkata kerajaan sedang meneliti secara terperinci pelaksanaannya termasuk menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi PerkhidmatanAwam sebelum perluasan terbabit dilakukan. Omar berkata penjawat awam tidak memerlukan lagi sistem kenaikan pangkat melalui kaedah temu duga.
"Buat apa nak temu duga kalau dah kerja 30 tahun. Yang menjadi penemu duga pula baru kerja lima tahun tapi yang ditemu duga dah kerja 30 tahun. Masa temu duga pula 15 minit saja, kemudian tanya pula yang bukan-bukan... ," katanya.
Beliau juga berkata kenaikan pangkat melalui kaedah time-based akan dinilai melalui kompetensi, produktiviti dan sumbangan kerja.
"Kalau kerja bagus tapi tak ada sumbangan, tak kreatif, tak berintegriti dan tidak mempunyai sahsiah yang baik, jangan naikkan pangkat dia," katanya.

Monday, July 23, 2012

Pemberian Imbuhan Aidilfitri Untuk Penjawat Awam Ikut Kemampuan Kerajaan -Najib


PEKAN, 21 Julai (Bernama) -- Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan wajah yang ceria, Najib berkata beliau akan melihat 'buku kira-kira' kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.


"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.


Pada 16 Julai, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan.


Najib ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan cek Durian Runtuh Felda Fasa 2 dan pakaian kepada Pegawai-pegawai Masjid serta sumbangan Apron kepada peniaga dan bantuan cermin mata kepada penduduk Pekan di Dewan Umno Pekan, di sini.

Dalam ucapannya beliau menegaskan agar pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tidak menghalang usaha kerajaan dalam memajukan negara.

Mengambil contoh penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, beliau berkata, pihak yang cuba menghalang disifatkan sebagai busuk hati kerana tidak suka melihat kerajaan membantu meningkatkan kehidupan rakyat.

"Jangan halang usaha kerajaan untuk majukan negara dan rakyat, tidak sokong tidak apa...dalam hal ini (penyenaraian FGVH) kita tak boleh halang sebab ini adalah hal yang baik dan untuk kebaikan rakyat," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian Najib berkata jika peneroka ingin membeli tambahan saham, mereka perlu membelinya di pasaran saham terbuka.

"Pihak Felda perlu membantu peneroka untuk membelinya di pasaran terbuka dengan harga semasa. Walaupun peneroka telah ditawarkan dengan 800 unit saham ketika saham tersebut dilancarkan mereka juga tetap dapat keuntungan kerana 20 peratus saham FGVH telah dimasukkan ke dalam tabung amanah yang akan membayar dividen setiap tahun kepada mereka," katanya.

Ditanya mengenai laporan akhbar berhubung senarai awal calon Barisan Nasional yang ditolak 50 peratus daripadanya, Najib berkata: "Kita belum memuktamadkan calon-calonnya dan kita akan memutuskannya apabila tiba masanya, jadi semuanya hanya spekulasi. Umno pun belum, kita tengah semak-semak dan belek-belek lagi," katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, July 17, 2012

Hormati budaya di perpustakaan



Perpustakaan Raja Tun Uda dibina menghadap sebuah tasik di Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, Shah Alam dan menjadi mercu tanda Selangor, sebuah negeri maju seperti yang diilhamkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiap pengunjung yang datang pastinya akan merasai pengalaman baru yang tidak boleh dilupakan. Berkonsepkan perpustakaan dalam taman, ia bukan sahaja bertindak sebagai pusat ilmu, malah kemudahan yang disediakan juga membolehkan setiap pengunjung beriadah serta berhibur bersama seisi keluarga.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhamad berkata, pihaknya menekankan konsep pendidikan dan hiburan selari dengan temanya Perpustakaan Rumah Keduaku. Idea tersebut hadir setelah pihaknya mengadakan lawatan ke Singapura dan Hong Kong.

“Hasil lawatan kami ke Singapore Science Centre dan Singapore Discovery Centre membawa idea bagi mendapatkan bahan pendidikan interaktif,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya turut melihat pada kehendak trend masyarakat kini yang mana kebanyakannya suka belajar di restoran makanan segera seperti McD dan KFC.

“Kami juga pergi ke kedai buku ternama seperti MPH, Kinokuniya dan Borders. Apa yang kami fikiran ialah kami cuba gabungkan semua menjadi satu. Kami nampak akan suasana yang ceria itu lalu membawanya ke perpustakaan,” katanya.


Didik pengguna

Mastura berkata, terdapat lebih 200,000 buku dengan beberapa kemudahan lain seperti perkhidmatan multimedia dan Internet, gimnasium, dewan serba guna, auditorium, bilik seminar dan panggung enam dimensi (6D) dan tiga dimensi (3D) yang boleh dimanfaatkan oleh setiap pengunjung.

“Perpustakaan ini turut menyediakan kafeteria yang menyajikan pelbagai hidangan menarik dengan kadar harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, lagi menarik, pihaknya turut menyediakan bahagian khas untuk pengguna kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dengan sudut menarik seperti Reading Tree, Zon Kreatif, Zon Siber dan Zon Interaktif.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya merayu agar ibu bapa yang menghantar anak mereka ke perpustakaan supaya sentiasa berkelakuan baik dan sopan.

“Kami menciptanya dalam keadaan santai supaya mereka berasa relaks. Tetapi tolonglah mendidik anak kita supaya menjaga harta perpustakaan seperti harta sendiri,” katanya ketika menjawab aduan sebahagian ibu bapa mengenai tahap ‘kebisingan’ di perpustakaan.

Berdasarkan kepada perkara tersebut, pihaknya meminta agar ibu bapa tidak sensitif sekiranya pihaknya ada menegur anak mereka yang bertujuan untuk mendidik.

Oleh itu, katanya, jalan penyelesaian yang diambil adalah dengan membina satu tempat senyap bagi bahagian kanak-kanak supaya mereka fokus dalam pembacaan.

Selain itu, Mastura berkata, apabila pihaknya dapat mendidik pengguna supaya menjaga perpustakaan ini seperti rumah sendiri, maka pihaknya juga akan menambahkan lagi pelbagai kemudahan untuk mereka.

Dalam pada itu, katanya, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyumbang kira-kira 1,200 naskhah buku yang diimport dari Britain dengan judulnya dipilih sendiri oleh baginda.

“Baginda suka pada buku yang berbentuk biografi kepimpinan malah baginda juga berkenan membenarkan buku yang didermakan itu diberi pinjam kepada ahli perpustakaan tanpa mengira harganya,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga telah dijemput untuk melawat perpustakaan baginda di Putrajaya.

“Baginda sangat menjiwai buku dan boleh digelar sebagai ulat buku. Koleksi baginda terlalu banyak dan bagus sehinggakan sejarah mengenai Selangor pada 1700 dan 1800 pun ada siap dengan gambarnya sekali,” katanya.

Bagi memelihara kesejahteraan pada buku sejarah tersebut, pihak perpustakaan akan mulakan aktiviti pendigitalan secara berperingkat.


Pendaftaran percuma

Sementara itu, Mastura berkata, baru-baru ini, Sultan Sharafuddin telah menitahkan kepada pihaknya supaya perpustakaan ini dibuka waktu malam terutamanya pada hari minggu.

“Kini, ia dibuka kepada orang awam bermula jam 9.30 pagi hingga 6 petang pada Isnin hingga Jumaat, manakala pada Sabtu dan Ahad pada jam 9.30 pagi hingga 5 petang dan ditutup pada hari cuti umum,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, mulai 1 September ini pihaknya akan melanjutkan masa sehingga 7 malam untuk hari bekerja manakala hingga jam 9 malam untuk hari minggu. Selain itu, keahlian Perpustakaan Raja Tun Uda terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan pendaftarannya adalah percuma.

“Buat masa ini, perpustakaan ini mempunyai seramai 994,000 ahli dan berita baik bagi ahli yang ke-1,000,000 kerana kami berhasrat untuk menghadiahkan sebuah iPad kepada mereka yang bertuah,” katanya.

Beliau juga berharap agar setiap pemimpin melihat perpustakaan sebagai satu tempat pencegahan gejala sosial dan bukanlah sebagai satu agensi yang membebankan.

“Tetapi, alangkah bagusnya, sekiranya, pembentukan masyarakat berilmu dan penuh berkemahiran dimulakan seawal mungkin. Jadi, perpustakaan perlu ‘bangun’ dan transformasi perlu dilakukan kerana itu adalah satu tanggungjawab,” katanya.

Wednesday, January 11, 2012

Kalendar Program Pembangunan Sumber Manusia, Perpustakaan Negara Malaysia

Januari
16-18
Bengkel Pengkatalogan Deskriptif: Monograf
17-19
Bengkel Asas Perisian Winisis/ Templet Cute Pertengahan (Sesi Pertama)



Februari
8-10
Bengkel Microsoft Office 2007
20-23
Bengkel Pengkelasan Bahan Perpustakaan: Dewey Decimal Classification (DDC)
20-23
Bengkel Penyelenggaraan Bahan Perpustakaan:(Peringkat Pertengahan) (Sesi I)
27-29
Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan Bagi Pembantu Perpustakaan Gred S17
27-29
Bengkel Pempakejan Dan Penyampaian Maklumat



Mac
5-7
Kursus Asas Bahasa Inggeris Bagi Perkhidmatan Kaunter Perpustakaan
5-7
Bengkel Promosi Dan Galakan Membaca
5-7
Kursus Teknik Penyampaian Berkesan Bagi Tenaga Pengajar Perpustakaan Negara Malaysia Dan Skim Gunasama Perpustakaan
12-14
Kursus Pemantapan Pengurusan Perpustakaan (Persediaan Untuk Peperiksaan KPSL)
13
Ceramah Pengukuhan Integriti Bagi Kakitangan Awam
19-20
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bagi Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Pembantu Perpustakaan Gred S17 (Kertas III, IV V)
21-22
Bengkel  Teknik Menjawab Soalan Bagi Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Perkhidmatan Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27
26-28
Bengkel Penulisan Kreatif
26-28
Bengkel MARC 21



April
2-5
Kursus Asas Perpustakaan Bagi Penyelia Dan Kerani Di Luar Perkhidmatan Perpustakaan Negara Malaysia (Swasta)
2-5
Bengkel Pengkelasan Bahan Perpustakaan: Library Of Congress Classification (LCC)
9-10
Bengkel Citation APA Dan MLA
11-12
Bengkel Blue Ocean Strategy Untuk Perpustakaan
16-19
Kursus Pemantapan Diri Bagi Gred S27 Keatas
23
Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Bagi Pembantu Perpustakaan Gred S17 (Bahagian III Dan IV)
24
Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Bagi Pembantu Perpustakaan Gred S17 (Bahagian V)
25
Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Bagi Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27 (Bahagian III)
26
Peperiksaan Khas Untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) Ke Skim Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27



Mei
2-4
Bengkel Pengabstrakan Dan Pengindeksan
2-4
Kursus Kaunseling Rakan Sejawat
7
Ceramah Transformasi Dalam Perkhidmatan Awam
8-11
Kursus Pemantapan Jati Diri Bagi Gred S26 Ke Bawah
8-11
Bengkel Metadata
14
Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 - Bhg. 1- Ujian Menaip (Kederasan 18 P.S.M)  Siri I
21-23
Bengkel Penyediaan Media Sosial Di Perpustakaan



Jun
11-13
Kursus Keberkesanan Komunikasi Bahasa Inggeris Di Kaunter Perkhidmatan Bagi Gred S26 Dan Ke Bawah(Siri I)
11-13
Bengkel Penulisan: Surat Rasmi Dan Memo
18-20
Kursus Asas Pengurusan Kecemasan Dan Bencana Pasukan "Emergency Response Team" PNM
18-20
Bengkel Portal Mylib Dan Pangkalan Data Perpustakaan
18-20
Bengkel Penyuntingan Terbitan Penulisan
25-27
Kursus Pendedahan Kumpulan Inovasi Dan Kreatif



Julai
2-4
Bengkel Pengkatalogan Deskriptif: Terbitan Bersiri
2-4
Bengkel Asas Perisian Winisis/ Templet Cute Pertengahan (Sesi Kedua)
9-11
Bengkel Pendigitan Bahan Perpustakaan Dan Open Sources Software
9-18
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (SSM) Modul Umum Bagi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Serta Sokongan I
16
Ceramah Pengurusan Aset & Inventori
16 - 31
Malaysian Technical Cooperation Programme: Basic Course for Library Assistants



Ogos
27
Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 - Bhg. 1-Ujian Menaip (Kederasan 18 P.S.M)  Siri II
27
Ceramah Patriotisme Sempena Hari Kemerdekaan
27-30
Pengurusan Aset: Tatacara Perolehan, Penilaian,Pelupusan Dan Kehilangan Aset



September
3-5
Kursus Pengendalian Mesyuarat: Memo Dan Minit Berkualiti
3-6
Kursus Protokol Dan Etiket Sosial Serta Pengurusan Majlis Bagi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Serta Kumpulan Sokongan I
10-12
Bengkel Taxonomy  Perpustakaan
10-12
Kursus Perancangan Perpustakaan Digital
18-20
Bengkel Pengkatalogan Deskriptif: Bahan Elektronik Dan Sumber Media
18-20
Kursus Sistem Perakaunan Dan Kewangan Kerajaan
24-27
Bengkel Penyelenggaraan Bahan Perpustakaan: (Peringkat Pertengahan) (Sesi II)
24-27
Training The Trainers Workshop In Information Literacy



Oktober
1-3
Bengkel Penulisan: Laporan Dan Kertas Cadangan
1-3
Kursus Kecemerlangan Usia Emas Untuk Bakal Pesara (Jun 2012 - 2014) (Bergantung Kepada Jumlah Peserta)
8-10
Kursus Pengurusan Teknologi Maklumat (ICT) Untuk Perpustakaan
8-11
Kursus Keselamatan Dan Pengurusan Pejabat
12
Ceramah Penjagaan Kesihatan Yang Unggul Bagi Penjawat Awam
15-17
Kursus Kemahiran Berkomunikasi Berkesan (Perkhidmatan Perpustakaan Dan Perhubungan Awam Dengan Masyarakat)
15-18
Bengkel Pengendalian Dan Penyelenggaraan Alat Sumber Media



November
5-7
Keberkesanan Komunikasi Bahasa Inggeris Di Kaunter Perkhidmatan Bagi Gred S27 Ke Atas (Siri II)
5-7
Kursus Pengurusan Fail Dan Rekod
19-21
Pengurusan Krisis Bagi Pembangunan Perpustakaan 

Tuesday, January 10, 2012

Senarai Kursus, Latihan serta Peperiksaan Warga Perpustakaan Negara Malaysia 2012


Untuk Buku Program 2012

Untuk E-Borang

Untuk website PNM










Cara Memohon :
  • Setiap permohonan perlu mengisi dengan lengkap Borang PNM.PK(S).05(B1)
  • Kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia perlu mengisi borang di dalam sistem HRMIS.
  • Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan terutamanya maklumat peribadi, kursus/bengkel yang dipohon, senarai tugas pemohon dan pengesahan Ketua Jabatan.
  • Borang permohonan yang tidak lengkap atau dihantar selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan. Tarikh tutup permohonan adalah satu (1) bulan dari tarikh kursus.
  • Setiap pemohon yang berjaya untuk menyertai kursus perlu mengembalikan Borang Slip Pengesahan Kehadiran berdasarkan kepada tarikh yang ditetapkan.
  • Bahagian Pembangunan Sumber Manusia hanya menghubungi peserta yang berjaya untuk menyertai kursus. Sekiranya peserta tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh kursus, permohonan dianggap tidak berjaya.

utk dapatkan borang permohanan latihan versi Microsoft Word (bleh taip terus) sila PM saya ok..