baby first book

Search This Blog

Friday, November 23, 2012

CUEPACS setuju kenaikan pangkat secara time-based diperluas ke seluruh sektor awam

ALOR SETAR, 21 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya kenaikan pangkat secara ''timed-based'', yang kini dinikmati sektor pendidikan dan kesihatan, diperluas kepada perkhidmatan awam lain.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah ini sememangnya dinantikan penjawat awam lain.
"Kalau semua kementerian menggunakan kaedah time-based, itu satu perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam, sebab di situ nanti mereka akan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka.
"Time-based ini tak sama dengan kenaikan KUP (Khas Untuk Penyandang). Time-based mesti ada satu mekanisma supaya yang naik berdasarkan kaedah time-based hanya yang betul-betul layak sahaja. Kalau dia naik jawatan tapi tak tau nak buat kerja apa pun, baik tak payah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada anggota Cuepacs di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkaitan cadangan kerajaan berhubung perkara itu.
Ali berkata kerajaan sedang meneliti secara terperinci pelaksanaannya termasuk menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi PerkhidmatanAwam sebelum perluasan terbabit dilakukan. Omar berkata penjawat awam tidak memerlukan lagi sistem kenaikan pangkat melalui kaedah temu duga.
"Buat apa nak temu duga kalau dah kerja 30 tahun. Yang menjadi penemu duga pula baru kerja lima tahun tapi yang ditemu duga dah kerja 30 tahun. Masa temu duga pula 15 minit saja, kemudian tanya pula yang bukan-bukan... ," katanya.
Beliau juga berkata kenaikan pangkat melalui kaedah time-based akan dinilai melalui kompetensi, produktiviti dan sumbangan kerja.
"Kalau kerja bagus tapi tak ada sumbangan, tak kreatif, tak berintegriti dan tidak mempunyai sahsiah yang baik, jangan naikkan pangkat dia," katanya.

No comments: